Friday 7 December 2012

Jalan Jalan Melaka bersama Kelab Kembara MA

Salam semua,

Kepada kawan2 yg sudi singgah dan baca post sye ni, mekasih ye... kali ni sye nak share ttg percutian kami ke Melaka baru2 ni 2 Hari 2 Malam..  

 Hari 1 (30/11/2012) Jumaat
  • Bertolak dari KL ke Melaka pada jam 6.00pm selama 1jam. Berhenti rehat di RnR Seremban utk menunaikan solat dan dinner (bajet sendiri). Dijangka sampai Melaka serta checkin dalam jam 10.00pm. (hiway agak jem ketika ini).. 

    Ini sebenarnye perancangan kitorang... tp mcm biasalah slalu terserong.. kami pergi bertujuh.. dan dengan menaiki 2 buah kereta. sebuah kete 4 orang dan sebuah lagi 3 orang... mcm mana nak citer ek... berbelit sebenarnya.. huhu.. tp , sye cuba la ek...
    Kami berenam ni mmg da ready nak pergi.. tp, adalah sorang hamba Allah ni, dia dapat panggilan kerja di Dubai lak dlm beberapa hari sebelum kami bertolak.. maka, dipendekkan citer... kereta pertama telah berangkat ke Melaka dulu pada jam yg telah dirancangkan.. manakala kami berdua yakni sye dan princess mia harus pergi ke airport KLIA utk menjemput yang berbahagia Cik Presiden... Cik Presiden selamat mendarat jam 11.15am waktu tempatan hehehe... boley plak luggage dia ilang, x sampai ke aiport... ish ish ish...  jam 12.45am kami pun bertolak ke Melaka... Rabak mate tu oiii... hehehe... tp xper... demi percutian dgn kwn2... belasah je la... dan disebabkan waktu perjalanan kami adalah waktu tidur, maka kami pun x boleyla drive lelaju.. nnti eksiden susah kan.. so kami pun slow2 sampai di hotel Melaka jam 3.45am.. ayam pun dah nak berkokok tu... huhuhu...
      
    Hari 2 (01/12/2012) Sabtu

    Ini merupakan hari kedua kami berada di Melaka.. Bangun pagi2 kami bekfes kat kedai mamak.. mmg marvelous la roti canai dia... setelah sembang2 1 jam, kami balik semula ke Hotel Weilia 2 bintang jer (bajet maa ) utk salin baju... hehehe.. baju kebaya... 

    Kekalkan baju tradisional kita... Chewahh!

    kami bertujuh telah sepakat utk mengadakan sesi bergambar dgn memakai kebaya nyonya di Melaka ni... lokasi penggambaran ialah berdekatan dengan river. dari jam 11.00am hingga jam 1.00pm kami melakukan aktiviti shoot2 foto.. kemudian, setelah cuaca mencemburui kami (panasnye.. da terbakar kulit) kami pun bersalin pakaian....

    Bila perut da lapar, apalagi... kami pun pergi mencari lunch.. "Asam Pedas" wow.. mmg terbaik la... makan tujuh orang RM 157.00 sahaje... sambal belacan, ulam, ayam goreng... ikan dalam kuali.. perghhhhh....

    Kalau korang nak tau nama kedai mmg x ingat tp tempat tu dekat area Taman Seri Duyong..  jalan kaki sikit da boley shopping kat Dataran Pahlawan.

    Selepas memasing da kenyang mcm dugong, tibala masanye utk "shopping" .... depan kedai asam pedas kitorg mmg ade kedai souvenir... mcm2 ade... sayur dgn ikan je yg diorg x jual.. huhu..
    Ini adalah kedai souvenir yang mana kami beli tshirt banyak . 7 helai tshirt quality agak baik dgn harga RM 15 sehelai..

    Shopping sampai lebam dan masuk jam pastu pegi jalan2 kat Dataran Pahlawan.. mmg tengah sales krismas... ramai giller customer... setelah abis shopping 2 jam kat shopping kompleks tu, kami jalan2 kat bandar hilir,

    Possing depan replika keretapi..

    kami terus pekene cendol kat depan A Famosa.. ade banyak beca kat sni.. PA system dia.. mak aiii.... da mcm pegi karaoke pun ade....
    Cendol dan onde-onde... best

    lebih kurang jam 6.00pm kami ke jonker walk.. mcm2 ade kat jonker walk tu... tempat mmg padat la,, ramai pelancong asing... 

    Jonker Walk pada jam 6.30pm

    yang bestnyer, apek dan nyonya kat sni pandai ckp bahasa tempatan.. kelantan pun pandai... huhu... 

    Cik Presiden confused x tau nak pilih yang mana satu..

    agak lama kami di sini kerana adalah antara ahli kami yg fanatik mkn durian... huhuhu... bercendawan kami tunggu.. 

    "taukey, kalau sye beli borong boley tak?"...

    upenyer diorg diam2 pi mkn durian tanpa pengetahuan kami.. cehh!grrrrr Cik presiden x bpe gemor mkn dogheyan.. ahahaha... org perak x suke durian... lawak tol! Agak lama gak la kami tunggu antu2 durian ni, barulah mereka muncul.. 



    Dalam jam 9.00pm, kami pun bertolak ke Alai ikan bakar... mmg terbaik la seafood dia.. makan 7 pax mcm nak pengsan RM 147.00 sahaje...

    Hari 3 (02/12/2012) Ahad

    Bertolak pulang ke Kuala Lumpur..

    Ahli kumpulan kami ada 7 orang .. tapi x pernah cukup sbb salah sorg kne ambik gambar... so, post 2 kali la ek... tempat yang sama....

    Tepat jam 11.30pm selesai breakfast, memasing balik hotel... packing baju dan check out... sekian.. 

     


Wednesday 11 July 2012

Percutian 6 Hari 5 Malam di Pulau Krabi

Bila sebut pasal percutian, apa yang u all bayangkan....? Kalau boleh mesti u all nak percutian mewah kannn...? Tapi bukan semua orang dapat merasai percutian begitu,.. Kalau nak tunggu mewah, alamatnya tunggu Parkinson la baru dapat pegi....  ^_^ Di sini I nak share sedikit tentang apa yang telah we all rasai sepanjang percutian bajet kami.....

  1. Budget
Bajet yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:

Tiket keretapi dari KL Central – Hadyai (pergi dan balik) – RM 120
Tiket Van dari Hadyai ke Pulau Krabi (pergi dan balik) – RM 70
Penginapan Hostel (untuk 3 malam) – RM 110
Islands Tour with Speedboat – RM 140
Tut – Tut – RM 15
Makan – RM 150
Lain2 spt souvenir – RM 50

  1. Tarikh dan Masa

Tarikh yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
30hb Jun – 5hb Julai 2012 (6 hari 5 malam jer)

  1. Cara dan bagaimana
    Menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Van serta speedboat.

  1. Barangan yg perlu dibawa
    Berikut adalah barangan yang perlu dibawa:
    Passport, Kad Pengenalan, Tiket Keretapi, Wang Tunai (Thailand Currency)
    Pakaian: Lingeries- seluar dalam pakai buang, bra (3 helai), topi, Baju Pantai(sehelai), Tshirt (2helai), Jeans (sehelai), Seluar tight (2helai) Kasut dan Seliper, Tuala Kecil
    Jagaan diri: Sun Block, Pencuci Muka, Ubat gigi, etc
    Ubatan: Panadol, Minyak Cap Kapak, Pil Cek Kit Teck Aun,
    Lain-lain: Pepper Sray, Torch Light (small) Camera, Hand Phone, Chargers and Battery Cell AA

  1. Aturcara dan aktiviti

Berikut adalah itenari bagi percutian yang telah dibincangkan:

  • Hari 1 (30/06/2012) Sabtu
    Bertolak dari KL Central ke Hadyai pada jam 9.00pm selama 12jam. Dijangka sampai ke Hadyai pada jam 10.00am (01/07/2012 – Ahad).
  • Keretapi tiba di KL Central agak lewat setengah jam (9.30pm) dan terus bertolak pada jam 9.40pm. Senandung Langkawi Pintu L8 menawarkan coach yang agak selesa. Kami bertiga turut dapat kawan baru. Selain dari itu kakitangan KTM juga amat sporting dan peramah. Kami begitu teruja kerana buat pertama kalinya kami bertiga berada di dalam keretapi setelah sekian lama hidup di muka bumi ini... Aircond x payah nak cakap la.. makk aiiii...... sojuk giller..!!!! kami bertiga amat teruja sehinggakan x selera nak tido.. dan disebabkan x dpt nak tdo, kami melepak di cafe yg disediakan..(x tau la da bpe kali kami tawaf dlm train tu).. mknn dia harga standard kapal terbang... maggi cup RM 4 murah sket dari kapal terbang merah (AA).
  • Kami mendapat dua kenalan. Sorang dari Alor Setar, sorang lagi kakitangan KTM. Atas sebab2 yg kami sendiri tidak pasti, keretapi berhenti agak lama di bukit mertajam. Setibanya di perhentian Alor Setar, rakan baru kami ( Azrul) pun turun Kemudian perjalanan diteruskan dan kami berhenti di padang besar untuk cop passport. Selesai kastam dan imigresen, kami berehat 30minit untuk melepaskan dahaga di kafeteria yang ada di situ. Di sini kami berpisah pula dengan kakitangan KTM tadi (Tengku Alimin).... perjalanan diteruskan lagi selepas itu dan akhirnya kami sampai di Haadyai pada jam 11.30pagi waktu Bangkok.



  • Kami terus mencari agen berdaftar yang menyediakan perkhidmatan van yang sah. Perlu diingat , di sana terdapat ramai ulat tiket dan ulat teksi yang memang sentiasa mencari2 mangsa.. adalah lebih afdhal pergi kat centre yer... setelah berbincang dengan uncle van kat pejabat sewa kenderaan tu, beliau memberitahu 12.30pm baru ada van.. jadi kami pun mengambil keputusan utk jalan2 cari makan.. di haadyai agak sukar untuk cari mknn halal. Oleh itu kami mengambil keputusan makan Mcdonald je ler... huhu... eh lupa nak kasi tau, setibanya ke haadyai, kami terbekenalan dengan dua orang mat saleh, nama beliau Ricardo dan Imenuel... depa 2 ekor neh backpackers... ensem gak la boley tahan.. awwww,.... disebabkan destinasi kami sama iaitu ke Krabi, kami pun mengambil keputusan untuk sama2 sewa van terbabit..
  • Hari 2 (01/07/2012) Ahad
    Kemudian menaiki van menuju ke Krabi selama 4jam. (12.30pm – 3.30pm) Lebih kurang jam 3.30pm sampai ke Krabi dan Check-in hotel/hostel. Baan Pulaoon.
  • Sesampainye kami di Krabi, kami terus meluru ke arah opis2 yg menunjukkan lambang agensi pelancongan.. kami bertiga pun masuk dan berkenalan dengan mamat Thailand yang menggelarkan nama beliau Ting. “Sawaidika”... beliau mewelcomekan kami. Di sini banyak pakej yang ditawarkan.. dari 5 star hinggalah 3 star. Setelah dibincangkan dengan bajet yg kami ade, kami pun pilih 3 star, di mana pakej ini untuk 4 hari 3 malam. Apa yang ditawarkan di sini agak menarik dan berpatutan.
  • Mesti korang pening kan... memula aku sendiri pun pening sbb tak pernah pergi sini.. camni citer dia........Uncle Ting menawarkan full pakej utk kami bertiga.. Bermula dari Van dari Krabi ke Aonang (2 hala) , Islands Tour (1 hari) ade speed boat , snorkeling and buffet lunch dan penginapan (4 hari 3 malam) di Baan Pulaoon., dan van utk pulang ke Haadyai pada hari terakhir kami di Thailand. Harga mmg berbaloi.... semua tu dalam RM 1,005.00 utk 3 orang.. kalo korang pergi lebey dari 3 orang korang tambah sket la...


  • Setelah 4 jam kebas punggung dalam van besar yang beraircond dan selesa, sampaila kami di Aonang. Penginapan kami pula di Guest House (Baan Pulaoon) yang di miliki oleh Mr Peter di mana beliau telah pun berkahwin dgn penduduk tempatan dan memeluk Islam, penginapan utk 3 orang, bilik besar siap ade TV dan Aircond serta balcony.. bilik air mmg tip top.. ade bath tub lagi... ^_^. Kami berehat seketika... mandi2 kat hotel dan lepas maghrib kami pi kuar jalan2 carik makan.. sebelum kami tidur, Mr Peter telah mengingatkan kami agar berkumpul di Lobi pada jam 8.15am... (8.15am.. dun be late!) berkali2 beliau mengingatkan kami... huhu.. teringat citer Dunia Baru the Movie... mak si Adip... huhuhu... “KEBERKATAN.”.... (dahi Mr Peter tu agak jendol, kitorg teringat2 wajahnye) huhuhu..... :'(

  • Hari 3 (02/07/2012) Isnin

(1 Day Island Tour)
  • Tau tak kenapa we all kene tunggu kat lobi early in the morning tu?? haaaa...kalo korg nak tau, sebab kami nak pegi 1 day tour islands la... hurmm.... mmg tepat jam 8.20am ade kenderaan dtg amik kami utk di bawa ke persisiran pantai.... Lebih kurang 15 minit sampai la ke persisiran pantai td dan bot laju dengan bangganya telah pun menanti kedatangan kami. Dalam bot, kami diberi sedikit taklimat ttg perjalanan kami ke pulau2 terbabit.. Memula kami di bawa ke pulau.....
  • Hari 4 (03/07/2012) Selasa
    Aktiviti bebas
  • Hari ni aktiviti kami lebih kepada menikmati makanan dan kenyamanan pantai Aonang. Kami telahpun men 'survey ' tempat2 makan dan hotel2 yg mana boley kami check in pada masa akan datang. Hurm.. oleh kerana kat Malaysia xde Tut Tut.. kami pun mengambil peluang utk menaiki kenderaan terbabit.. Kalo takan nak pusing2 area Aonang, Sorang lebih kurang 40 baht (2 hala)... angin dan ombak kat pantai Aonang mmg kuat.. nyaman dan merilekskan...
  • Selain dari tu, mmg banyak gerai2 makan kat tepi jalan... kalo nak mkn, kene la tgk signboard dia, ade gambor bulan bintang tak.. kalo ade, mknenyer kira halal la tu.. selain daripada tu, kedai2 souvenir pun byk.. korang boley ke Walking Street utk dapatkan ole2 utk kwn2... harga pun boley tawar2... Hari keempat ni cuaca tak menentu, kejap ujan kejap panas... maka kami pun sentiasa bawa raincoat ke mana2... pada kami, tempat2 yang kami pergi mmg sungguh merilekskan minda, makan pun sedap dan murah dan lari dari kesibukkan bandar... Syiok woooo.....

  • Hari 5 (04/4/2012) Rabu
    Bertolak pulang dari Aonang ke Haadyai 10.30am dengan menaiki van selama 4jam dan menaiki keretapi pada jam 4.00pm dari Hadyai ke KL Central (Malaysia) selama 12jam. Dijangka sampai dalam pukul 6.00am (05/07/2012) Khamis..
  • Hari 6 (05/4/2012) Khamis
    Tiba di KL Central pada jam 6.00am