19 ~ 22 Sept 2013
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. dua tiga hari ni aku rasa mcm rajin sikit dan
sebenarnya tiba2 nak share tentang jalan2 pi songkhla ari tu... So ari ni kne
update cepat2 sebelum lupa di mana aku dan kengkawan pi bercuti 4
hari 2 malam di Hatyai & Songkhla.
Sebenarnya kami berempat amik pakej jer RM 538 nett/ pax sbb malas nak pk nak cari sendiri
memandangkan masa cuti x panjang. Boss kasi cuti pun sebab kesian..
huhu.. nasib baik lepas. Okey la berbalik dengan percutian kami.
Kami berkumpul di KL dalam jam 10.30
malam hari Khamis 19 September 2013. Kali ni kami naik bas jer. Perjalanan ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 8 – 9
jam dan baru lah kami sampai di meja sarapan pagi. Di sini aku
nak kongsikan dengan korang kenapa masa perjalanan agak lama.
![]() |
Korang kene bawak snack sbb dlm bas tu lama.. mesti korang lapar.. |
10.30pm – 5.00am - perjalanan dari
KL – Check point Bukit Kayu Hitam ( Jabatan Imigresen Kedah) kat
cni la kami tersadai lama sebab ada byk kenderaan lain. Kene tunggu
turn. Bas dan van memang banyak.
6.00am – 7.00am - masuk imigresen
untuk cop passport. Rakyat malaysia boley guna auto gate. Cepat
sikit. Abis semua urusan imigresen perjalanan diteruskan dan menuju
ke imigresen Thailand pula.. Di sini kita kena cop passport pula
untuk masuk negara Thailand. Beratur lagi.. sebab tu makan masa
panjang. Kalau naik keretapi hanya sekali jer kita cop passport iaitu
di Padang Besar.
![]() |
kat sini lah kita x perlu beratur panjang |
Setelah selesai semua urusan imigresen
ni, jam 8.45am sampailah kami di meja sarapan. Perghhh... memang
lapar gileer la. Nampak mknn semuanya sedap. Kami bersarapan di
Tamrab Muslim Restaurant. Ini alamat dia: 4-6 Ni Yomrat Rd, Hadyai
Songkhla. Tel: 074-231865. Kat cni dia terima duit Malaysia.
Lepas breakfast, pegi plak melawat
gajah di Chang Puak Camp. Naik gajah 500 baht. Kasi gajah makan
pisang 100 baht. Lepas main2 dengan gajah kami pi Honey House. Kat
sini ada jual pelbagai jenis produk yang dihasilkan dengan madu lebah
yang bergred tinggi. Aku beli sabun muka jer sbb diorg kata bagus
untuk kulit. Di sini pun aku guna Ringgit Malaysia.
Kemudian dalam jam 1.00 pm kami pergi
ke Nora Plaza. Ini merupakan tempat beli sarang burung dan local
product spt handbag, wallet dan sebagainya. Ni kira original la sbb
mmg ade jaminan brg2 dia. Kalau makcik2 nak beli periuk belanga pun
ada kat sini. Alamat dia : Nora Plaza , 324, 326, 328 Thammanoon
Vithi RD Hatyai Singkhla 901100.
Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hatyai 2.30pm Check in Lee Garderns Hotel dan lunch. Hotel cantik dan makan pun sedap. 4 bintang. Lepas mandi dan berehat, lepas maghrib kami kuar carik makan. Dinner di restoran Hamid berdekatan dengan hotel. Makanan sedap dan harga lebih kurang harga malaysia. Tapi tom yam memang marvelous! Lepas makan kami sewa tut tut sorang 20 baht utk pi cuci mata kat big bazaar.
Apa yang boley aku katakan di sini ,
bazaar tu mcm biasa jer.. mcm kat KL jer.. Kami menginap di Hotel
Lee Gardens di mana hotel ni memang strategik. Selain menawarkan
penginapan selesa, korang x perlu risau takat nak shopping.. banyak
kedai2 kat situ.. makan xyah nak kata la... macam2 ada..
Berdekatan dengan hotel tempat kami
menginap, ade satu kompleks Pink Lady Complex. Depan kompleks tu ada
orang jual udang galah besar2 dan halal. Disamping tu juga ada pulut
mangga dan durian. Pada penggemar duria dan mangga, jangan lepaskan
peluang, memang puas la.
![]() |
restoran Hamid ni dekat dengan hotel.. makanan dia pun sedap..try la |
![]() |
pulut mangga ni pun memang sedap.. lokasi sekitar hotel.. |
![]() |
Cuaca agak terik masa kitorg sampai |
Lepas
posing gambar kat Gold Mermaid tu, kami pi ke Floating market. Kat
sna ada macam2 makanan halal yang depa jual atas sampan. Best la kat
sini sbb boley makan2.. souvenir pun ada tapi x best pun. Yang best
kat sini makan je. Ade air minuman yang dijual dalam tembikar tanah
liat dan buluh.. syiokk woo...
![]() |
kat belakang tu la ada air tebu, kelapa dan longan (RM 4 jer) |
![]() |
antara souvenir yang aku beli kat sini.. |
![]() |
geng kembara bajet kali ni.. |
![]() | |
depan tu aku la.. yg belakang tu adik Rossa .. konon la |
Tu
je la yang dapat saya kongsikan sepanjang jalan2 kami. Kesimpulannya,
pi hatyai ni kita boleh pi urut/ spa dan makan makanan best.
Shopping? X kott.. haha
Wahhhh mcm best je bile lg berjalan
ReplyDeleteYe faiz..yg penting ade bajet.. Boss kasi cuti.. Jalannnn... Insyaallah sye akan lebih rajin update cuti / perjalanan sye akan dtg.. ;-)
ReplyDeleteNak tnya amik pakej ke tu, cmna nk ambik pakej tu ada contact tak? TQ.
ReplyDelete