Wednesday 11 July 2012

Percutian 6 Hari 5 Malam di Pulau Krabi

Bila sebut pasal percutian, apa yang u all bayangkan....? Kalau boleh mesti u all nak percutian mewah kannn...? Tapi bukan semua orang dapat merasai percutian begitu,.. Kalau nak tunggu mewah, alamatnya tunggu Parkinson la baru dapat pegi....  ^_^ Di sini I nak share sedikit tentang apa yang telah we all rasai sepanjang percutian bajet kami.....

  1. Budget
Bajet yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:

Tiket keretapi dari KL Central – Hadyai (pergi dan balik) – RM 120
Tiket Van dari Hadyai ke Pulau Krabi (pergi dan balik) – RM 70
Penginapan Hostel (untuk 3 malam) – RM 110
Islands Tour with Speedboat – RM 140
Tut – Tut – RM 15
Makan – RM 150
Lain2 spt souvenir – RM 50

  1. Tarikh dan Masa

Tarikh yang telah dipersetujui adalah seperti berikut:
30hb Jun – 5hb Julai 2012 (6 hari 5 malam jer)

  1. Cara dan bagaimana
    Menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Van serta speedboat.

  1. Barangan yg perlu dibawa
    Berikut adalah barangan yang perlu dibawa:
    Passport, Kad Pengenalan, Tiket Keretapi, Wang Tunai (Thailand Currency)
    Pakaian: Lingeries- seluar dalam pakai buang, bra (3 helai), topi, Baju Pantai(sehelai), Tshirt (2helai), Jeans (sehelai), Seluar tight (2helai) Kasut dan Seliper, Tuala Kecil
    Jagaan diri: Sun Block, Pencuci Muka, Ubat gigi, etc
    Ubatan: Panadol, Minyak Cap Kapak, Pil Cek Kit Teck Aun,
    Lain-lain: Pepper Sray, Torch Light (small) Camera, Hand Phone, Chargers and Battery Cell AA

  1. Aturcara dan aktiviti

Berikut adalah itenari bagi percutian yang telah dibincangkan:

  • Hari 1 (30/06/2012) Sabtu
    Bertolak dari KL Central ke Hadyai pada jam 9.00pm selama 12jam. Dijangka sampai ke Hadyai pada jam 10.00am (01/07/2012 – Ahad).
  • Keretapi tiba di KL Central agak lewat setengah jam (9.30pm) dan terus bertolak pada jam 9.40pm. Senandung Langkawi Pintu L8 menawarkan coach yang agak selesa. Kami bertiga turut dapat kawan baru. Selain dari itu kakitangan KTM juga amat sporting dan peramah. Kami begitu teruja kerana buat pertama kalinya kami bertiga berada di dalam keretapi setelah sekian lama hidup di muka bumi ini... Aircond x payah nak cakap la.. makk aiiii...... sojuk giller..!!!! kami bertiga amat teruja sehinggakan x selera nak tido.. dan disebabkan x dpt nak tdo, kami melepak di cafe yg disediakan..(x tau la da bpe kali kami tawaf dlm train tu).. mknn dia harga standard kapal terbang... maggi cup RM 4 murah sket dari kapal terbang merah (AA).
  • Kami mendapat dua kenalan. Sorang dari Alor Setar, sorang lagi kakitangan KTM. Atas sebab2 yg kami sendiri tidak pasti, keretapi berhenti agak lama di bukit mertajam. Setibanya di perhentian Alor Setar, rakan baru kami ( Azrul) pun turun Kemudian perjalanan diteruskan dan kami berhenti di padang besar untuk cop passport. Selesai kastam dan imigresen, kami berehat 30minit untuk melepaskan dahaga di kafeteria yang ada di situ. Di sini kami berpisah pula dengan kakitangan KTM tadi (Tengku Alimin).... perjalanan diteruskan lagi selepas itu dan akhirnya kami sampai di Haadyai pada jam 11.30pagi waktu Bangkok.



  • Kami terus mencari agen berdaftar yang menyediakan perkhidmatan van yang sah. Perlu diingat , di sana terdapat ramai ulat tiket dan ulat teksi yang memang sentiasa mencari2 mangsa.. adalah lebih afdhal pergi kat centre yer... setelah berbincang dengan uncle van kat pejabat sewa kenderaan tu, beliau memberitahu 12.30pm baru ada van.. jadi kami pun mengambil keputusan utk jalan2 cari makan.. di haadyai agak sukar untuk cari mknn halal. Oleh itu kami mengambil keputusan makan Mcdonald je ler... huhu... eh lupa nak kasi tau, setibanya ke haadyai, kami terbekenalan dengan dua orang mat saleh, nama beliau Ricardo dan Imenuel... depa 2 ekor neh backpackers... ensem gak la boley tahan.. awwww,.... disebabkan destinasi kami sama iaitu ke Krabi, kami pun mengambil keputusan untuk sama2 sewa van terbabit..
  • Hari 2 (01/07/2012) Ahad
    Kemudian menaiki van menuju ke Krabi selama 4jam. (12.30pm – 3.30pm) Lebih kurang jam 3.30pm sampai ke Krabi dan Check-in hotel/hostel. Baan Pulaoon.
  • Sesampainye kami di Krabi, kami terus meluru ke arah opis2 yg menunjukkan lambang agensi pelancongan.. kami bertiga pun masuk dan berkenalan dengan mamat Thailand yang menggelarkan nama beliau Ting. “Sawaidika”... beliau mewelcomekan kami. Di sini banyak pakej yang ditawarkan.. dari 5 star hinggalah 3 star. Setelah dibincangkan dengan bajet yg kami ade, kami pun pilih 3 star, di mana pakej ini untuk 4 hari 3 malam. Apa yang ditawarkan di sini agak menarik dan berpatutan.
  • Mesti korang pening kan... memula aku sendiri pun pening sbb tak pernah pergi sini.. camni citer dia........Uncle Ting menawarkan full pakej utk kami bertiga.. Bermula dari Van dari Krabi ke Aonang (2 hala) , Islands Tour (1 hari) ade speed boat , snorkeling and buffet lunch dan penginapan (4 hari 3 malam) di Baan Pulaoon., dan van utk pulang ke Haadyai pada hari terakhir kami di Thailand. Harga mmg berbaloi.... semua tu dalam RM 1,005.00 utk 3 orang.. kalo korang pergi lebey dari 3 orang korang tambah sket la...


  • Setelah 4 jam kebas punggung dalam van besar yang beraircond dan selesa, sampaila kami di Aonang. Penginapan kami pula di Guest House (Baan Pulaoon) yang di miliki oleh Mr Peter di mana beliau telah pun berkahwin dgn penduduk tempatan dan memeluk Islam, penginapan utk 3 orang, bilik besar siap ade TV dan Aircond serta balcony.. bilik air mmg tip top.. ade bath tub lagi... ^_^. Kami berehat seketika... mandi2 kat hotel dan lepas maghrib kami pi kuar jalan2 carik makan.. sebelum kami tidur, Mr Peter telah mengingatkan kami agar berkumpul di Lobi pada jam 8.15am... (8.15am.. dun be late!) berkali2 beliau mengingatkan kami... huhu.. teringat citer Dunia Baru the Movie... mak si Adip... huhuhu... “KEBERKATAN.”.... (dahi Mr Peter tu agak jendol, kitorg teringat2 wajahnye) huhuhu..... :'(

  • Hari 3 (02/07/2012) Isnin

(1 Day Island Tour)
  • Tau tak kenapa we all kene tunggu kat lobi early in the morning tu?? haaaa...kalo korg nak tau, sebab kami nak pegi 1 day tour islands la... hurmm.... mmg tepat jam 8.20am ade kenderaan dtg amik kami utk di bawa ke persisiran pantai.... Lebih kurang 15 minit sampai la ke persisiran pantai td dan bot laju dengan bangganya telah pun menanti kedatangan kami. Dalam bot, kami diberi sedikit taklimat ttg perjalanan kami ke pulau2 terbabit.. Memula kami di bawa ke pulau.....
  • Hari 4 (03/07/2012) Selasa
    Aktiviti bebas
  • Hari ni aktiviti kami lebih kepada menikmati makanan dan kenyamanan pantai Aonang. Kami telahpun men 'survey ' tempat2 makan dan hotel2 yg mana boley kami check in pada masa akan datang. Hurm.. oleh kerana kat Malaysia xde Tut Tut.. kami pun mengambil peluang utk menaiki kenderaan terbabit.. Kalo takan nak pusing2 area Aonang, Sorang lebih kurang 40 baht (2 hala)... angin dan ombak kat pantai Aonang mmg kuat.. nyaman dan merilekskan...
  • Selain dari tu, mmg banyak gerai2 makan kat tepi jalan... kalo nak mkn, kene la tgk signboard dia, ade gambor bulan bintang tak.. kalo ade, mknenyer kira halal la tu.. selain daripada tu, kedai2 souvenir pun byk.. korang boley ke Walking Street utk dapatkan ole2 utk kwn2... harga pun boley tawar2... Hari keempat ni cuaca tak menentu, kejap ujan kejap panas... maka kami pun sentiasa bawa raincoat ke mana2... pada kami, tempat2 yang kami pergi mmg sungguh merilekskan minda, makan pun sedap dan murah dan lari dari kesibukkan bandar... Syiok woooo.....

  • Hari 5 (04/4/2012) Rabu
    Bertolak pulang dari Aonang ke Haadyai 10.30am dengan menaiki van selama 4jam dan menaiki keretapi pada jam 4.00pm dari Hadyai ke KL Central (Malaysia) selama 12jam. Dijangka sampai dalam pukul 6.00am (05/07/2012) Khamis..
  • Hari 6 (05/4/2012) Khamis
    Tiba di KL Central pada jam 6.00am

14 comments:

  1. Salah eja kat 1day island tour. pulau tersebut. bukan terbabit. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe... ingatkan xde org perasan,,... upenyer ade gak.. ^_^ dari sini kita tau, ade yang memerhati... kikikiki.....

      Delete
  2. hi, nk tnye.. naik van dari hatyai ke krabi rm 70 per head or per van?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye syikin, rm 70 per head pergi dan balik.. ^_*

      Delete
  3. hi.. sy nak ke krabi ujung bulan ni... awk suggest amik pakej siap2 ke sampai sane baru cari hotel n everything..

    ReplyDelete
  4. sista , nak tegur sikit . next time travel g thailand jgn mkn mcD ye . sana dorang tak sembelih ayam gan cara kita . okayy sis , sorry . sya sekadar share :) enjoy :)

    ReplyDelete
  5. Hye dear.. Memang da x mkn mcd pun sejak ade krisis perang ari tu.. Lg2 mcd skg da dikaitkan dgn byk hal x baik... Tq sbb remind... ^_^

    ReplyDelete
  6. sis, nak tanya.. penginapan hotel untuk 6 orang sebilik ada tak di hotel sis stay tu? sbb kalau boleh kami taknak berpisah. hehehee

    ReplyDelete
  7. Hye yang.. Hotel tempat we all stay tu bilik dia x besar.. So..klu u all xnk redah.. U all tanye kat opis travel agent kat sna.. Lagi senang ikut bajet korang.. ;-)

    ReplyDelete
  8. Hye,sis I nak tanye, rm1k total semua ke? Mksd Nye 3 tiket pergi balik,mkn,hotel,n jln2?..

    ReplyDelete
  9. Hye aspa... Sila ke ruangan bajet atas sekali utk bajet keseluruhan.. Harga mungkin da naik sbb tu tahun 2012.. Harap dpt jd guideline utk awk ye... ;-)

    ReplyDelete
  10. Senag tak kalau akak nak dapat kan van berserta pemandu untuk jenjalan hatnyai

    ReplyDelete
  11. These tips are awesome. I will definitely be using these. Thanks so much for sharing.san blas tour islands

    ReplyDelete