Tuesday 4 February 2014

Kembara Bajet Hatyai & Songkhla


19 ~ 22 Sept 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. dua tiga hari ni aku rasa mcm rajin sikit  dan sebenarnya tiba2 nak share tentang jalan2 pi songkhla ari tu... So ari ni kne update cepat2 sebelum lupa di mana aku dan kengkawan pi bercuti 4 hari 2 malam di Hatyai & Songkhla.

Sebenarnya kami berempat amik pakej jer RM 538 nett/ pax sbb malas nak pk nak cari sendiri memandangkan masa cuti x panjang. Boss kasi cuti pun sebab kesian.. huhu.. nasib baik lepas. Okey la berbalik dengan percutian kami.

Kami berkumpul di KL dalam jam 10.30 malam hari Khamis 19 September 2013. Kali ni kami naik bas jer. Perjalanan ke Hatyai mengambil masa lebih kurang 8 – 9 jam dan baru lah kami sampai di meja sarapan pagi. Di sini aku nak kongsikan dengan korang kenapa masa perjalanan agak lama.
Korang kene bawak snack sbb dlm bas tu lama.. mesti korang lapar..

10.30pm – 5.00am - perjalanan dari KL – Check point Bukit Kayu Hitam ( Jabatan Imigresen Kedah) kat cni la kami tersadai lama sebab ada byk kenderaan lain. Kene tunggu turn. Bas dan van memang banyak.

6.00am – 7.00am - masuk imigresen untuk cop passport. Rakyat malaysia boley guna auto gate. Cepat sikit. Abis semua urusan imigresen perjalanan diteruskan dan menuju ke imigresen Thailand pula.. Di sini kita kena cop passport pula untuk masuk negara Thailand. Beratur lagi.. sebab tu makan masa panjang. Kalau naik keretapi hanya sekali jer kita cop passport iaitu di Padang Besar.

kat sini lah kita x perlu beratur panjang

Setelah selesai semua urusan imigresen ni, jam 8.45am sampailah kami di meja sarapan. Perghhh... memang lapar gileer la. Nampak mknn semuanya sedap. Kami bersarapan di Tamrab Muslim Restaurant. Ini alamat dia: 4-6 Ni Yomrat Rd, Hadyai Songkhla. Tel: 074-231865. Kat cni dia terima duit Malaysia.

Lepas breakfast, pegi plak melawat gajah di Chang Puak Camp. Naik gajah 500 baht. Kasi gajah makan pisang 100 baht. Lepas main2 dengan gajah kami pi Honey House. Kat sini ada jual pelbagai jenis produk yang dihasilkan dengan madu lebah yang bergred tinggi. Aku beli sabun muka jer sbb diorg kata bagus untuk kulit. Di sini pun aku guna Ringgit Malaysia.

Kemudian dalam jam 1.00 pm kami pergi ke Nora Plaza. Ini merupakan tempat beli sarang burung dan local product spt handbag, wallet dan sebagainya. Ni kira original la sbb mmg ade jaminan brg2 dia. Kalau makcik2 nak beli periuk belanga pun ada kat sini. Alamat dia : Nora Plaza , 324, 326, 328 Thammanoon Vithi RD Hatyai Singkhla 901100.



Kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hatyai 2.30pm Check in Lee Garderns Hotel dan lunch. Hotel cantik dan makan pun sedap. 4 bintang. Lepas mandi dan berehat, lepas maghrib kami kuar carik makan. Dinner di restoran Hamid berdekatan dengan hotel. Makanan sedap dan harga lebih kurang harga malaysia. Tapi tom yam memang marvelous! Lepas makan kami sewa tut tut sorang 20 baht utk pi cuci mata kat big bazaar.

Apa yang boley aku katakan di sini , bazaar tu mcm biasa jer.. mcm kat KL jer.. Kami menginap di Hotel Lee Gardens di mana hotel ni memang strategik. Selain menawarkan penginapan selesa, korang x perlu risau takat nak shopping.. banyak kedai2 kat situ.. makan xyah nak kata la... macam2 ada..
Berdekatan dengan hotel tempat kami menginap, ade satu kompleks Pink Lady Complex. Depan kompleks tu ada orang jual udang galah besar2 dan halal. Disamping tu juga ada pulut mangga dan durian. Pada penggemar duria dan mangga, jangan lepaskan peluang, memang puas la.

restoran Hamid ni dekat dengan hotel.. makanan dia pun sedap..try la


pulut mangga ni pun memang sedap.. lokasi sekitar hotel..
Hari ketiga pula, selepas kami breakfast di hotel, kami pi jalan2 lagi kali ni ke Songkhla Samila Beach. Pantai yang punya lagenda tersendiri. Tentang puteri duyung. Kisah seorang nelayan muda. Macam kisah cinta pandang pertama la kott. Pada satu malam, sedang Puteri Duyung sikat rambut di tepi pantai, dengan sikat emas beliau, tetibe diorang berdua terserempak. Dalam keadaan kecemasan dan terkejut tu Puteri Duyung sepantas kilat melarikan diri ke tengah laut manakala nelayan tadi terpaku dan terkesima dengan kecantikan puteri tersebut. Setiap hari nelayan tu tunggu tapi puteri duyung tak jugak muncul. Maka terbina la tugu duyung emas bagi mengenang kisah tu.
Cuaca agak terik masa kitorg sampai

hihi...


Lepas posing gambar kat Gold Mermaid tu, kami pi ke Floating market. Kat sna ada macam2 makanan halal yang depa jual atas sampan. Best la kat sini sbb boley makan2.. souvenir pun ada tapi x best pun. Yang best kat sini makan je. Ade air minuman yang dijual dalam tembikar tanah liat dan buluh.. syiokk woo...



kat belakang tu la ada air tebu, kelapa dan longan (RM 4 jer)
lepas abis jalan2 kat floating market, kami balik hotel mandi dan dinner kat restoran hamid dan kemas beg pakaian.



antara souvenir yang aku beli kat sini..

geng kembara bajet kali ni..
depan tu aku la.. yg belakang tu adik Rossa .. konon la
Tu je la yang dapat saya kongsikan sepanjang jalan2 kami. Kesimpulannya, pi hatyai ni kita boleh pi urut/ spa dan makan makanan best. Shopping? X kott.. haha

3 comments:

  1. Ye faiz..yg penting ade bajet.. Boss kasi cuti.. Jalannnn... Insyaallah sye akan lebih rajin update cuti / perjalanan sye akan dtg.. ;-)

    ReplyDelete
  2. Nak tnya amik pakej ke tu, cmna nk ambik pakej tu ada contact tak? TQ.

    ReplyDelete